KAWALAN DALAM PENGGAJIAN
Kawalan dalam penggajian merujuk kepads prosedur yang dipraktikkan oleh organisasi untuk memastikan tiada penyelewengan dan kesilapan dalam sisitem pembayaran gaji kepada pekerja. System pembayaran gaji yang efisyen dapat meningkatkan produktiviti pekerja dalam sesebuah organisasi.
Pemberian Kuasa
Pemberian kuasa merujuk kepada suatu surat kuasa yang dikeluarkan oleh majikan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menentukan gaji pekerja. Biasanya, pihak yang bertanggungjawab adalah pengurus sumber manusia.
Kawalan dan Keselamatan
Kawalan dan keselamatan adalah perkara yang sangat penting. Tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya kejadian pembayaran gaji kepada pekerja yang tidak wujud atau mengelakkan gaji dibayar melebihi jumlah yang sebenarnya. Rekod gaji yang tidak tepat turut menjejaskan cirri-ciri kualitatif Penyata Pendapatan.
Contoh garis panduan kawalan dan sistem penggajian
Kawalan dalam seperti tugas-tugas merekrut pekerja, menyediakan jadual masa bekerja, menyediakan dan menyimpan rekod pekerja, membayar gaji, merekod gaji perlu diasingkan tugas kepada individu berasingan.
Kebaikan kawalan dalaman yang berkesan ialah:
- ü Aset perniagaan (tunai) dapat dijaga dengan baik.
- ü Dapat mengelakkan penyelewengan dan penipuan terhadap maklumat dalam dokumen penggajian.
- ü Indiviidu yang diberi tanggungjawab membuat pembayaran gaji dapat melakukannya mengikut had yang telah ditetapkan secara konsisten.
- ü Dapat membantu penyediaan rekod-rekod penggajian mengikut prsedur perakaunan yang ditetapkan.
0 comments:
Post a Comment