Saturday 19 November 2011

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN PENGURUSAN

KOS PENGELUARAN

Komponen Kos Pengeluaran


Kos Bahan Langsung
    ü  Ia merujuk pada kos bahan utama yang digunakan untuk hasilkan
                barang.
    ü  Bahan langsung sesebuah firma bergantung pada jenis produk
                yang dikeluarkan. Contohnya, perniagaan pakaian, kos bahan
                langsung ialah benang, kain dll.
    ü  Kos bahan langsung merangkumi semua belanja yang terlibat
                dalam pembelian bahan langsung misalnya cukai, angkutan
                masuk, insurans atas belian.
Kos Buruh Langsung
    ü  Merupakan belanja yang dibayar kepada buruh yang terlibat secara
                langsung dalam proses pengeluaran. Contohnya, perniagaan
                perabot tukang kayu dan operator mesin adalah kosb buruh
                langsung.
     ü  Merupakan kos berubah.

Kos Overhed Kilang
Kos yang berkaitan secara tidak langsung dengan proses pengeluaran tetapi berkaitan dengan pengurusan dan pengendalian umum kilang. Semua kos pengeluaran selain kos bahan langsung dan kos buruh langsung dikategorikan sebagai kos overhead kilang.

Contoh kos overhed kilang :

    ü  Kos buruh tak langsung seperti gaji pengurus kilang, penyelia stor,
                penyelia kilang, dll.
    ü  Bahan  tak langsung seperti bahan api.
    ü  Sewa kilang, cukai tanah.
    ü  Pembaikan dan penyelenggaraan loji, mesin dan jentera.
    ü  Insurans atas bangunan kilang atau lengkapan kilang.
    ü  Belanja alat-alat kecil.

Kerja Dalam Proses
Pengeluaran ialah suatu proses yang berperingkat dan berterusan. Terdapat barang separuh siap pada akhir tempoh perakaunan yang dikenal sebagai kerja dalam proses.

            Kerja dalam proses terdiri daripada kerja dalam proses awal dan kerja dalam proses akhir. Kerja dalam proses awal ialah item yang dibawa ke hadapan dari tahun perakaunan yang lepas. Kerja dalam proses akhir dinilai pada akhir tahun perakaunan semasa.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review