Saturday 19 November 2011

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN PENGURUSAN

KONSEP KOS

Definisi dan Jenis Kos
Firma pengeluaran yang menggunakan factor-faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran terpaksa membuat bayaran terhadap penggunaan faktor-faktor tersebut. Antara pelbagai bayaran yang ditanggung oleh firma termasukkalah bayaran upah kepada buruh, sewa kilang, belanja belian bahan mentah, dan bayaran kepada pengurus kilang. Bayaran-bayaran tersebut merupakan kos pengeluaran bagi sesebuah firma.

Kos adalah perbelanjaan firma terhadap penggunaan faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang, dan kos terbahagi kepada 2 iaitu kos tetap dan kos berubah.

Kos Tetap

   ü Kos yang dibayar untuk penggunaan faKtor-faktor tetap seperti
               kilang dan mesin.
   ü      Kos ditanggung oleh perniagaan walaupun tiada pengeluaran.
   ü     Kos sentiasa malar dan tidak berubah untuk jangka masa pendek.
   ü     Contoh: sewa kilang RM400 tetap akan dibayar Rm400 walaupun
              tiada pengeluaran berlaku.

Kos Berubah

        ü  Kos berubah merupakan bayaran terhadap factor-faktor berubah yang
           digunakan dalam proses pengeluaran.
        ü  Kos tidak ditanggung apabila tiada pengeluaran.
        ü  Hubungan antaran kos berubah dengan unit pengeluaran adalah positf
           iaitu pengeluaran meningkat, kos meningkat manakala apabila
           pengeluaran menurun, kos menurun.
  ü  Contoh belanjan yang ada lam kos ini ialah kos buruh dan belanja
          langsung.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review