Wednesday 16 November 2011

KELAB DAN PERSATUAN

PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN

Pengertian Kelab dan Persatuan Menurut Akta Pertubuhan 1966
Menurut Akta Pertubuhan 1966, kelab dan persatuan didefinisikan sebagai organisasi bukan perniagaan yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. Organisasi ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli serta tidak bermotifkan keuntungan.



Sumber Hasil dan Jenis Belanja
Kelab dan Persatuan memperoleh sumber hasil yang berbeza daripada yang diperoleh organisasi perniagaan. Entiti perniagaan memperolehi hasil daripada aktiviti jual beli barang niaga. Kelab dan persatuan pula memperolehi hasil melalui kutipan yuran daripada ahli serta kutipan derma daripada orang awam. Bagi kelab dan persatuan yang memiliki kemudahan rekreasi seperti kolam renang, gelanggang tenis dan dewan, hasil dapat diperoleh melalui kutipan sewa dengan menyewakan kemudahan-kemudahan rekreasi tersebut.

Hasil yang diperoleh seterusnya akan digunakan untuk membiayai segala perbelanjaan kelab dan persatuan. Sebahagian besar perbelanjaan kelab dan persatuan adalah untuk menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi untuk ahli-ahlinya, membeli aset bukan semasa, serta perbelanjaan untuk pengurusan dan penyelenggaraan.

Belanja Hasil dan Belanja Modal
Perbelanjaan sesebuah kelab dan persatuan dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu belanja hasil dan belanja modal. Belanja hasil merupakan bayaran untuk menampung belanja pengurusan dan pentadbiran sesebuah kelab dan persatuan bagi suatu tempoh perakaunan.


Pendapatan Hasil dan Pendapatan Modal
Sesebuah kelab dan persatuan memerlukan pendapatan untuk membiayai belanja-belanja yang perlu dalam menjayakan aktiviti yang dijalankan. Pendapatan sesebuah kelab dan persatuan dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu pendapatan hasil dan pendapatan modal.

       Pendapatan hasil ialah pendapatan yang diterima daripada aktiviti biasa kelab dan persatuan. Kutipan daripada aktiviti seperti majlis tarian, majlis makan malam, dan pesta ria.

       Pendapatan modal pula ialah pendapatan yang diterima bukan daripada aktiviti biasa kelab dan persatuan. 


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review