KONSEP KOS
Definisi dan Jenis Kos
Firma pengeluaran yang menggunakan factor-faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran terpaksa membuat bayaran terhadap penggunaan faktor-faktor tersebut. Antara pelbagai bayaran yang ditanggung oleh firma termasukkalah bayaran upah kepada buruh, sewa kilang, belanja belian bahan mentah, dan bayaran kepada pengurus kilang. Bayaran-bayaran tersebut merupakan kos pengeluaran bagi sesebuah firma.
Kos adalah perbelanjaan firma terhadap penggunaan faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang, dan kos terbahagi kepada 2 iaitu kos tetap dan kos berubah.
Kos Tetap
ü Kos yang dibayar untuk penggunaan faKtor-faktor tetap seperti
kilang dan mesin.
ü Kos ditanggung oleh perniagaan walaupun tiada pengeluaran.
ü Kos sentiasa malar dan tidak berubah untuk jangka masa pendek.
ü Contoh: sewa kilang RM400 tetap akan dibayar Rm400 walaupun
tiada pengeluaran berlaku.
Kos Berubah
ü Kos berubah merupakan bayaran terhadap factor-faktor berubah yang
digunakan dalam proses pengeluaran.
ü Kos tidak ditanggung apabila tiada pengeluaran.
ü Hubungan antaran kos berubah dengan unit pengeluaran adalah positf
iaitu pengeluaran meningkat, kos meningkat manakala apabila
pengeluaran menurun, kos menurun.
ü Contoh belanjan yang ada lam kos ini ialah kos buruh dan belanja
langsung.
0 comments:
Post a Comment