Showing posts with label KELAB DAN PERSATUAN. Show all posts
Showing posts with label KELAB DAN PERSATUAN. Show all posts

Thursday, 17 November 2011

KELAB DAN PERSATUAN

YURAN
Setiap ahli sesebuah kelab dan persatuan dikenakan yuran. Yuran adalah sumber utama pendapatan bagi kelab dan persatuan. Oleh itu, Akaun Yuran perlu disediakan untuk mengetahui jumlah kutipan sebenar yuran bagi suatu tempoh perakaunan tertentu.


JENIS-JENIS YURAN

PENYEDIAAN AKAUN YURAN AHLI
Yuran ahli direkodkan menurut konsep perakaunan asas akruan. Menurut konsep ini, yuran tahunan hendaklah diselaraskan terlebih dahulu sebelum dikreditkan dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan kerana mungkin terdapat yuran tertunggak atau yuran terdahulu.

            Akaun yuran ialah sejenis akaun pendapatan. Apabila yuran diterima daripada ahli, catatannya adalah seperti yang berikut.

            Seterusnya pada akhir tahun kewangan, yuran tersebut akan dipindahkan ke bahagian kredit Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.

Format Akaun Yuran





 

KELAB DAN PERSATUAN

PERBANDINGAN PERAKAUNAN KELAB DAN PERSATUAN DENGAN ENTITI PERNIAGAAN

Walaupun kelab dan persatuan ialah organisasi bukan niaga, rekod kewangan perlu juga disimpan seperti yang diamalkan oleh entiti perniagaan. Pada setiap akhir tahun kewangan, penyata kewangan yang berikut akan dibentangkan untuk pihak pengurusan dan makluman ahlinya, iaitu :


                Ø  Akaun Penerimaan dan Pembayaran
                Ø  Akaun pendapatan dan Perbelanjaan
                Ø  Kunci Kira-kira


Perbezaan Kelab dan Persatuan dengan Entiti Perniagaan.

KELAB DAN
PERSATUAN
ASPEK
PERBEZAAN
ENTITI
PERNIAGAAN

Semua penerimaan dan pembayaran tunai direkodkan dalam Penyata Penerimaan dan Pembayaran.


Penerimaan dan Pembayaran

Semua penerimaan dan pembayaran tunai direkodkan dalam Buku Tunai.
Akaun Penerimaan dan pembayaran digunakan sebagai sumber untuk menyediakan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.
Sumber Maklumat
Imbangan Duga disediakan dan merupakan sumber untuk menyediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi.

Semua pendapatan dan perbelanjaan hasil direkodkan dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan.

Ø  Lebihan diperoleh jika pendapatan hasil melebihi perbelanjaan hasil.
Ø  Kurangan diperoleh jika perbelanjaan hasil melebihi pendapatan hasil.

Pendapatan dan Perbelanjaan

Semua pendapatan dan perbelanjaan hasil direkodkan dalam Penyata Pendapatan.

Ø  Untung bersih diperoleh jika pendapatan hasil melebihi perbelanjaan hasil.
Ø  Rugi bersih diperoleh jikan perbelanjaan hasil melebihi pendapatan hasil.

Lebihan aset daripada liabiliti ialah dana terkumpul.

 Jumlah aset - Jumlah liabiliti 
  = Dana





Ekuiti Pemilik

Lebihan aset daripada liabiliti ialah ekuiti pemilik atau modal.

Jumlah aset- Jumlah liabiliti = Ekuiti pemilik 

Wednesday, 16 November 2011

KELAB DAN PERSATUAN

PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN

Pengertian Kelab dan Persatuan Menurut Akta Pertubuhan 1966
Menurut Akta Pertubuhan 1966, kelab dan persatuan didefinisikan sebagai organisasi bukan perniagaan yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. Organisasi ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli serta tidak bermotifkan keuntungan.



Sumber Hasil dan Jenis Belanja
Kelab dan Persatuan memperoleh sumber hasil yang berbeza daripada yang diperoleh organisasi perniagaan. Entiti perniagaan memperolehi hasil daripada aktiviti jual beli barang niaga. Kelab dan persatuan pula memperolehi hasil melalui kutipan yuran daripada ahli serta kutipan derma daripada orang awam. Bagi kelab dan persatuan yang memiliki kemudahan rekreasi seperti kolam renang, gelanggang tenis dan dewan, hasil dapat diperoleh melalui kutipan sewa dengan menyewakan kemudahan-kemudahan rekreasi tersebut.

Hasil yang diperoleh seterusnya akan digunakan untuk membiayai segala perbelanjaan kelab dan persatuan. Sebahagian besar perbelanjaan kelab dan persatuan adalah untuk menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi untuk ahli-ahlinya, membeli aset bukan semasa, serta perbelanjaan untuk pengurusan dan penyelenggaraan.

Belanja Hasil dan Belanja Modal
Perbelanjaan sesebuah kelab dan persatuan dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu belanja hasil dan belanja modal. Belanja hasil merupakan bayaran untuk menampung belanja pengurusan dan pentadbiran sesebuah kelab dan persatuan bagi suatu tempoh perakaunan.


Pendapatan Hasil dan Pendapatan Modal
Sesebuah kelab dan persatuan memerlukan pendapatan untuk membiayai belanja-belanja yang perlu dalam menjayakan aktiviti yang dijalankan. Pendapatan sesebuah kelab dan persatuan dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu pendapatan hasil dan pendapatan modal.

       Pendapatan hasil ialah pendapatan yang diterima daripada aktiviti biasa kelab dan persatuan. Kutipan daripada aktiviti seperti majlis tarian, majlis makan malam, dan pesta ria.

       Pendapatan modal pula ialah pendapatan yang diterima bukan daripada aktiviti biasa kelab dan persatuan. 


KELAB DAN PERSATUAN

PENGENALAN

Penglibatan dan sumbangan ahli diperlukan demi kewujudan serta kemajuan sesebuah kelab dan persatuan. Selain itu, kelab dan persatuan itu perlu di tadbirkan dan diurus dengan baik, termasuk dari segi urusan perakaunannya.

Bagaimanakah proses dan cara merekodkan urusan perakaunan kelab dan persatuan? Adakah proses dan caranya sama dengan yang dilaksanakan untuk organisasi perniagaan seperti perniagaan milikan tunggal, perkongsian, dan syarikat berhad?

APA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG KELAB DAN PERSATUAN 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review