PERBANDINGAN PERAKAUNAN KELAB DAN PERSATUAN DENGAN ENTITI PERNIAGAAN
Walaupun kelab dan persatuan ialah organisasi bukan niaga, rekod kewangan perlu juga disimpan seperti yang diamalkan oleh entiti perniagaan. Pada setiap akhir tahun kewangan, penyata kewangan yang berikut akan dibentangkan untuk pihak pengurusan dan makluman ahlinya, iaitu :
Ø Akaun Penerimaan dan Pembayaran
Ø Akaun pendapatan dan Perbelanjaan
Ø Kunci Kira-kira
Ø Akaun Penerimaan dan Pembayaran
Ø Akaun pendapatan dan Perbelanjaan
Ø Kunci Kira-kira
Perbezaan Kelab dan Persatuan dengan Entiti Perniagaan.
KELAB DAN PERSATUAN | ASPEK PERBEZAAN | ENTITI PERNIAGAAN | |||
Semua penerimaan dan pembayaran tunai direkodkan dalam Penyata Penerimaan dan Pembayaran. | Penerimaan dan Pembayaran | Semua penerimaan dan pembayaran tunai direkodkan dalam Buku Tunai. | |||
Akaun Penerimaan dan pembayaran digunakan sebagai sumber untuk menyediakan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan. | Sumber Maklumat | Imbangan Duga disediakan dan merupakan sumber untuk menyediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi. | |||
Semua pendapatan dan perbelanjaan hasil direkodkan dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan. Ø Lebihan diperoleh jika pendapatan hasil melebihi perbelanjaan hasil. Ø Kurangan diperoleh jika perbelanjaan hasil melebihi pendapatan hasil. | Pendapatan dan Perbelanjaan | Semua pendapatan dan perbelanjaan hasil direkodkan dalam Penyata Pendapatan. Ø Untung bersih diperoleh jika pendapatan hasil melebihi perbelanjaan hasil. Ø Rugi bersih diperoleh jikan perbelanjaan hasil melebihi pendapatan hasil. | |||
Lebihan aset daripada liabiliti ialah dana terkumpul. = Dana | Ekuiti Pemilik | Lebihan aset daripada liabiliti ialah ekuiti pemilik atau modal. Jumlah aset- Jumlah liabiliti = Ekuiti pemilik |
0 comments:
Post a Comment