Showing posts with label GALERI SOALAN. Show all posts
Showing posts with label GALERI SOALAN. Show all posts

Saturday, 19 November 2011

GALERI SOALAN

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN PENGURUSAN

Soalan 1
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan kos-kos yang terlibat dalam pengeluaran kasut.


RM
Sewa kilang
12,000
Insuran kilang
6,000
Bahan langsung
24,000
Kadar bayaran
5,600
Buruh kilang
34,800

Hitung kos tetap dan kos berubah.

Soalan 2
Maklumat di bawah ini dipetik daripada Kilang Kicap yang beroperasi di Senawang, Negeri Sembilan.


RM
Buruh kilang
35,000
Stok bahan langsung pada 1 Januari 20X0
12,800
Stok bahan langsung 31 Disember 20X0
11,540
Belian langsung
75,600
Duti import bahan langsung
2,300
Angkutan masuk bahan langsung
4,500
Gaji pengurus kilang
3,500
Sewa kilang
6,800
Belanja utiliti kilang
3,400
Susut nilai loji dan mesin
500
Gaji penyelia kilang
2,500
Insurans kilang
4,000

Hitung :
         (a) Kos prima
         (b) Kos overhed

GALERI SOALAN

KELAB DAN PERSATUAN

Soalan 1
Kelab Rekreasi Taman Damai mempunyai ahli seramai 150 orang. Setiap ahli dikehendaki membayar yuran tahunan sebanyak RM 120 seorang. Jumlah yuran yang diterima sehingga tahun kewangan berakhir 31 Dis 20X8 berjumlah RM17 520. Terdapt 8 orang ahli yang belum membayar yuran untuk tahun20X8 manakala 4 orang ahli sudah membayar yuran untuk tahun 20X9.
Sediakan:

a)    Akaun yuran;

b)    a)    Akaun yuran;
     b)    Catatan yuran dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaann bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8;
     c)    Catatan yuran dalam Kunci Kira-kira pada 31 Dis 20X8.

Soalan 2
Berikut adalah maklumat diperolehi daripada Kelab Remaja Pagoh.
                                                                               RM
            Yuran Semasa                                            2 350
            Yuran tertunggak, 1 Jul 2009                    110
            Yuran tertunggak, 30 Jun 2010                 135
            Yuran terdahulu, 1 Julai 2009                     87
            Yuran terdahulu, 30 Jun 2010                     79

Sediakan akaun yuran bagi tahun berakhir 30 Jun 2001.

GALERI SOALAN

PERAKAUNAN UNTUK PENGGAJIAN

Soalan 1
Nyatakan maksud penggajian.

Soalan 2
Terangkan secara ringkas kaedah pembayaran gaji secara bayaran automatik.

Soalan 3
Nyatakan kelebihan menggunakan cek sebagai kaedah pembayaran gaji.

Soalan 4
Apakah masalah-masalah kaedah pembayaran gaji secara tunai?

Soalan 5
Apakah maksud kawalan dalam penggajian.

Soalan 6
Nyatakan aspek-aspek berkaitan dengan kawalan dalaman penggajian.

Soalan 7
Nyatakan tujuan kawalan dalaman penggajian.

Soalan 8
Puan Hamidah bekerja sebagai eksekutif akaun di sebuah firma pemasaran dengan gaji bulanannya RM4,000 sebulan. Dia memperoleh bantuan sara hidup sebanyak RM300 dan elaun perjalanan sebanyak RM150. Kadar caruman kepada KWSP ialah 11% bahagian pekerja dan 12% bahagian majikan.

HITUNG :
(a) Gaji kasar Puan Hamidah;
(b) Caruman kepada KWSP bagi Puan Hamidah dan majikan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review