Showing posts with label PERAKAUNAN UNTUK PENGGAJIAN. Show all posts
Showing posts with label PERAKAUNAN UNTUK PENGGAJIAN. Show all posts

Tuesday, 15 November 2011

PERAKAUNAN UNTUK PENGGAJIAN

PENGIRAAN GAJI

Pengiraan Gaji Kasar
Gaji kasar ialah pendapatan yang diterima sebelum potongan dibuat.


Gaji Pokok
Gaji pokok ialah gaji sebenar yang ditawarkan kepada pekerja seperti dalam surat perlantikan. Ia ditentuka berdasarkan kelayakan, pengalaman dan kemahiran yang dimiliki pekerja.

Elaun
Elaun ialah faedah sampingan yang dibayar kepada pekerja yang diperuntukkan untuk sesuatu jawatan.


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Caruman Majikan
KWSP ialah badan berkanun yang ditubuhkan oleh kerajaan dengan tujuan menggalakkan tabungan sebagai hari tua pekerja. Pekerja boleh mengeluarkan sebahagian wang caruman ketika berumur 50 tahun dan selebihnya pada umur 55 tahun atau tarikh persaraan wajib.


Bayaran yang tidak dikenakan potongan caruman KWSP ialah:
  • ü  Caj perkhidmatan
  • ü  Bayaran kerja lebih masa
  • ü  Gratuiti
  • ü  Yuran pengarah
  • ü  Faedah persaraan
  • ü  Bayaran sebagai gentian notis penamatan perkhidmatan
  • ü  Sebarang elaun perjalanan


Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Caruman Majikan

PERKESO ialah sebuah badan berkanun yang dituubuhkan untuk mentadbirkan skim keselamatan social dan memberikan perlindungan kepada pekerja swasta terhadap kejadian luarjangka seperti kamalangan semasa perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja.

Caruman bahagian majikan kepada PERKESO tidak dihitung dalam pengiraan gaji kasar. Pekerja hanya peroleh manfaat daripada caruman jika berlaku kejadian luar jangka.



Monday, 14 November 2011

PERAKAUNAN UNTUK PENGGAJIAN

KAWALAN DALAM PENGGAJIAN

Kawalan dalam penggajian merujuk kepads prosedur yang dipraktikkan oleh organisasi untuk memastikan tiada penyelewengan dan kesilapan dalam sisitem pembayaran gaji kepada pekerja. System pembayaran gaji yang efisyen dapat meningkatkan produktiviti pekerja dalam sesebuah organisasi.

Pemberian Kuasa
Pemberian kuasa merujuk kepada suatu surat kuasa yang dikeluarkan oleh majikan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menentukan gaji pekerja. Biasanya, pihak yang bertanggungjawab adalah pengurus sumber manusia.

Kawalan dan Keselamatan
Kawalan dan keselamatan adalah perkara yang sangat penting. Tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya kejadian pembayaran gaji kepada pekerja yang tidak wujud atau mengelakkan gaji dibayar melebihi jumlah yang sebenarnya. Rekod gaji yang tidak tepat turut menjejaskan cirri-ciri kualitatif Penyata Pendapatan.


Contoh garis panduan kawalan dan sistem penggajian

Kawalan dalam seperti tugas-tugas merekrut pekerja, menyediakan jadual masa bekerja, menyediakan dan menyimpan rekod pekerja, membayar gaji, merekod gaji perlu diasingkan tugas kepada individu berasingan.

Kebaikan kawalan dalaman yang berkesan ialah:
  • ü  Aset perniagaan (tunai) dapat dijaga dengan baik.
  • ü  Dapat mengelakkan penyelewengan dan penipuan terhadap maklumat dalam dokumen penggajian.
  • ü  Indiviidu yang diberi tanggungjawab membuat pembayaran gaji dapat melakukannya mengikut had yang telah ditetapkan secara konsisten.
  • ü  Dapat membantu penyediaan rekod-rekod penggajian mengikut prsedur perakaunan yang ditetapkan.

PERAKAUNAN UNTUK PENGGAJIAN

DOKUMEN PENGGAJIAN

Maksud Penggajian
Penggajian ialah urusan menggaji kepada pekerja yang menyumbangkan tenaganya kepada majikan. Setiap individu yang bekerja akan mendapat ganjaran daripada majikannya. Ganjaran tersebut dipanggil gaji atau upah.

            Perakaunan penggajian bukan sahaja melibatkan pembayaran gaji kepada pekerja. Perakaunan penggajian turut melibatkanpenyediaan rekod yang lengkap mengenai diri pekerja di samping mematuhi dasar yang ditetapkan oleh kerajaan melalui agensi seperti Jabatan Buruh, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Rekod perakaunan berkaitan gaji dan upah haruslah tepat, betul dan disimpan secara sistematik. 

Slip Gaji
slip gaji merupakan dokumen yang diterima oleh setiap pekerja daripada majikan. Slip gaji adalah satu penyata yang menunjukkan jumlah gaji kasar serta jumlah potongan daripada gaji pekerja. Perkara yang biasa terdapat dalam slip gaji ialah:

Kaedah Pembayaran
Kaedah yang biasa digunakan termasuklah pembayaran secara tunai, cek, dan pembayaran automatik, iaitu kemasukan terus gaji ke dalam akaun bank pekerja.

Terdapat 3 kaedah pembayaran gaji iaitu:









PERAKAUNAN UNTUK PENGGAJIAN

PENGENALAN

Penggajian merupakan salah satu aspek yang penting dalam sesebuah perniagaan. Pengurusan penggajian yang sistematik dapat menjamin kelancaran perniagaan dan mengelakkan risiko penipuan dan penyelewengan. Selain itu, ia dapat member motivasi kepada pekerja yang sumber utama pendapatannya bergantung pada gaji yang diperoleh.










Bab ni akan membincangkan tentang:

v    Kaedah pembayaran gaji
v    Dokumen pemberian kuasa penggajian
v    Maksud kawalan dalam penggajian       
v    Objektif dan kepentingan kawalan dalaman penggajian
v    Mengenal pasti butiran yang menjadi sumber gaji
v    Gaji kasar, gaji pokok, elaun KWSP, PERKESO

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review